Pages

Followers

Apa itu Essential Oil (EO)? Part 1

Anda suka tak bau bunga-bungaan di taman. Ambil bunga ros, bau dalam-dalam, wangikan?


Pernah tak anda ambil daun dan anda lenyek-lenyekkan daun tu dan tiba-tiba ada bau dari cecair daun yang anda lenyekkan itu?

Perasan tak semasa anda kupas kulit oren, ada cecair yang terpercik dari kulit oren itu?

Tahukah anda bahawa semua itu adalah essential oil?

Ya! Essential oil. Essential oil lah yang memberi bau kepada tumbuhan tersebut!

Essential oil adalah cecair lipid yang terdapat pada bahagian tumbuhan seperti bunga, daun, kulit pokok, akar dan resin. Essential oil ini dikeluarkan dari tumnuhan tersebut dengan cara penyulingan berwap (steam distillation) atau cold-compress.

Essential oil merupakan nyawa kepada tumbuhan tu. Ia bertindak sebagai sistem imun untuk tumbuhan tersebut. Ia melindungi tumbuhan itu. Essential oil mempunyai sifat penyembuhan yang dapat memberi banyak faedah kepada manusia.

Kita sebenarnya menggunakan essential oil setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Ia digunakan untuk memberi perisa kepada makanan kita (serai, rosemary, oregano, kulit kayu manis dll), digunakan dalam produk seharian di rumah (pudina dalam ubat gigi, lemon dalam sabun cuci, frankincense dalam pelembab muka), digunakan untuk melegakan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. 

Ramai menyangka essential oil adalah untuk wangi-wangi sahaja.

Tidak!

Essential oil bukan untuk wangi-wangi je. Tetapi ia memberikan kesan penyembuhan kepada diri kita seperti menghilangkan kesakitan, sembuhkan luka, hilangkan parut, menenangkan kita, tidur lena, tenangkan anak tantrum, demam, selsema, jangkitan kuman dan macam-macam lagi.

essential oil mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri sepeti antibakteria, antifungus, antiseptil, membekalkan oksigen pada sel dan macam-macam lagi.

Ada beratus-ratus essential oil dalam dunia ni, setiap jenis essential oil tu ada fungsi-fungsinya tersendiri.


Contohnya:
  • Essential Oil Lavender merupakan "swiss army" essential oil kerana kegunaannya yang sangat banyak. Paling popular digunakan untuk sembuhkan luka, demam, stress, kegatalan kulit, alergik dan tidur lena.
  • Essential Oil Serai (Lemongrass) boleh meningkatkan selera makan, meningkatkan peredaran darah, melegakan lenguh-lenguh badan, atasi masalah kecacingan, menghalau serangga dan lain-lain
  • Essential Oil Rosemary pula, terbukti dapat meningkatkan daya ingatan, mengatasi masalah rambut gugur, menghalau serangga dan lain-lain.
  • Essential oil Pudina (Peppemint) dapat melegakan ketakselesaan perut seperti kembung, angin dan pedih ulu hati. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, mengantuk, kurang fokus, dan menurunkan suhu semasa demam.

Banyakkan kegunaan essential oil? Itu baru 4 jenis essential oil, ada beratus lagi essential oil dengan kegunaannya yang tersendiri.


=======================================================================


Ingin tahu lebih lanjut tentang essential oils?

Like FB Page - Pondok Minyak
https://www.facebook.com/pondokminyak/

Follow Instagram - pondok_minyak
https://www.instagram.com/pondok_minyak/

Whatsapp: 0193016450

=======================================================================

No comments:

Post a Comment

Kenapa organik dan natural?

Kenapa organik dan natural? Kenapa nak guna essential oil (EO)? Kan banyak je pewangi, ubat, krim, losyen, skincare kat luar sana? KERANA ...